Live@PTAR Sembang Santai “Peranan dan Kerjaya Pustakawan: Peluang & Cabaran”

Pada Selasa, 19 Julai 2022, telah berlangsung program Live@PTAR Sembang Santai dengan topik Peranan dan Kerjaya Pustakawan: Peluang & Cabaran anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau. Program ini merupakan projek khas di mana ia merupakan salah satu keperluan dalam melengkapkan program latihan industri di PTAR Kampus Rembau dan telah dikendalikan dengan jayanya oleh pelajar latihan industri, Cik Noor Nazzuhana Najwa Mohd Norzri yang juga bertindak sebagai moderator program.

Program yang berlangsung selama satu jam ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan panel-panel jemputan yang hebat iaitu Puan Nurfarawahidah Badruesham, Pustakawan Kanan di Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka serta Encik Muhammad Akmal Ahmat, Pustakawan Kanan di Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia yang masing-masing amat dikenali sebagai salah seorang ikon Pustakawan di negara ini.

Live@PTAR kali ini membincangkan tentang tugasan serta kerjaya Pustakawan masa kini yang kian berubah mengikut arus perubahan, selain mempromosi kerjaya sebagai Pustakawan di kalangan masyarakat awam yang menonton siaran tersebut. Panel-panel juga berkesempatan berinteraksi bersama penonton yang bertanyakan soalan menerusi ruangan komen di semua platform siaran langsung.

Dengan jumlah tontontan sebanyak hampir 500 penonton semasa ia disiarkan secara langsung menerusi YouTube dan Facebook PTAR Negeri Sembilan, program ini boleh ditonton semula menerusi pautan berikut:

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply