MOBILE LIBRARY@PTDI: Pejabat Pentadbiran & Unit Teknologi Maklumat

“WE BRING BOOKS TO YOU”

Mobile Library@PTDI merupakan program yang dilaksanakan untuk mendekati pengguna di UiTM Kampus Pasir Gudang. Bagi melaksanakan program Mobile Library@PTDI kali ini, PTDI mengunjungi Pejabat Pentadbiran di aras 5 dan Unit Teknologi Maklumat di aras 3. Program ini diadakan pada 15 Jun 2022. Kedua-dua unit ini terletak di Bangunan Pentadbiran.

Program ini dilaksanakan apabila PTDI membawakan buku-buku baru dan buku-buku bestseller sebagai promosi kepada staf di unit tersebut. Staf juga boleh memilih dan terus meminjam buku-buku yang diminati mereka.

Selain mempromosikan buku-buku yang dibawa, pihak PTDI juga mempromosikan perkhidmatan Book Delivery Service dimana pihak kami akan menghantar buku yang dipesan oleh mereka tanpa hadir ke PTDI. Pihak PTDI juga ada mengadakan sesi khidmat nasihat mengenai pemilihan tajuk-tajuk buku yang sesuai untuk dibaca staf ini. Program Mobile Library@PTDI ini akan dilaksanakan dari masa ke semasa

En. Fakhrul (Pejabat Pentadbiran) bersama buku-buku yang dipinjam dan hadiah Tupperware yang diperolehi
Staf Pejabat Pentadbiran sedang memilih buku-buku yang ingin dibaca
Pn. Azizah (Unit Teknologi Maklumat) memenagi hadiah Misteri
Pn. Aishah (Unit Teknologi Maklumat) sedang mencabut di kotak Kapsul Misteri

Penulis: Nor Azelea Mohd Azahar, Pustakawan Kanan

Nor Azelea Mohd Azahar PTDI Pasir Gudang Johor

Leave a Reply