Program Lawatan Dan Mesyuarat Program Khidmat Masyarakat : Program Transit Ilmu Bil 2/2022

15 JUN 2022 – Rabu, 2.30 petang, berlangsungnya Program Lawatan dan Mesyuarat Program Khidmat Masyarakat: Program Transit Ilmu Bil 2/2022 anjuran PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), UiTM Cawangan Melaka.

Program telah dihadiri oleh Encik Mohd Azli Bin Muda, Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN), Encik Mohd Rizal Bin Maslah, Penolong Pegawai, Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah (PPD), Pengetua sekolah, Guru Besar, Guru Penolong Media dan Guru Kaunseling dari enam buah sekolah terpilih sekitar Alor Gajah iaitu Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1, Sekolah Kebangsaan Lendu, Sekolah Kebangsaan Datuk Naning, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’Haji Talib Karim, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’Dol Said dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan. Agenda utama perbincangan ini berkaitan perjalanan program yang akan berlangsung pada Fasa 1, 22 Jun 2022 dan Fasa 2 pada 26 Julai 2022.

Objektif utama program dijalankan:

  • Menjalinkan kerjasama strategik diantara PTAR,MPP,UiTM Cawangan Melaka dan komuniti.
  • Memberi pendedahan awal kepada kepelbagaian sumber maklumat.
  • Meningkatkan aktiviti pembudayaan ilmu.
  • Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan.

PTAR bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), UiTM Cawangan Melaka berharap dengan inisiatif yang diambil ini dapat memupuk budaya minat membaca dan mendidik generasi muda yang sentiasa mencari ilmu selain daripada menjadi salah satu tanggungjawab sebagai Warga UiTM Cawangan Melaka. Program ini telah dihadiri seramai 39 orang peserta termasuk kakitangan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah yang diketuai oleh Puan Noor Hayati Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan.

Ditulis oleh :- Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply