Live@PTAR: Legasi Kerajaan Jamalullail Perlis

Pada 24 Jun 2022 (Jumaat), Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam telah mengadakan siaran langsung Bicara Pakar yang bertajuk Legasi Kerajaan Jamalullail Perlis yang dikendalikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr Shamrahayu Ab. Aziz, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM Shah Alam selaku moderator bersama panel jemputan Dr Haji Hazman Hassan, Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) / Pensyarah Kanan SLCP UUM.

Perlis Indera Kayangan merupakan salah sebuah negeri beraja di Malaysia yang diperintah oleh institusi raja berpelembagaan yang berdaulat, sama seperti pemerintahan kelapan-lapan buah negeri beraja yang lain di Malaysia. Sejarah institusi beraja negeri Perlis boleh ditelusuri seawal abad ke-19.

Raja Perlis yang pertama adalah Raja Syed Hussein bin Syed Haun Jamalullail (1843 – 1873). Baginda telah meletakkan islam sebagai identiti dan pegangan kerajaan Perlis.

Seterusnya, pemerintahan Raja Syed Ahmad bin Syed Hussein Jamalullail yang merupakan anakanda Raja Syed Hussein Jamalullail (1873 – 1897). Syiar islam terus dimartabatkan dengan pembukaan pusat pengajian islam (pondok), masjid sebagai pusat ibadat dan memperbaharui binaan masjid.

Selepas kemangkatan Raja Syed Ahmad, baginda digantikan dengan cucunda baginda iaitu Raja Syed Saffi bin Syed Alwi Jamalullail (1897 – 1904). Baginda mengutamakan pelaksanaan fardu kifayah dan telah mewujudkan kemakmuran dengan menggembleng tenaga membina jalan raya. Baginda turut berjasa membina tali air, menaikkan taraf ekonomi dan telah mendirikan sekolah pertama di Negeri Perlis.

Berikutnya, pemerintahan Raja Syed Alwi bin Raja Syed Saffi Jamalullail (1904 – 1943), anakanda Raja Syed Saffi Jamalullail yang telah menubuhkan Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada tahun 1920. Selain itu, baginda juga telah menaik taraf institusi kehakiman islam, menyusun semula sistem kutipan dan agihan zakat dan fitah, mengasas madrasah serta membina mercu tanda Melayu-Islam.

Untuk perkongsian lebih lanjut, tuan/puan boleh klik di link yang disediakan: https://youtu.be/hOKZQTkwO6c

Siaran langsung secara atas talian di YouTube Perpustakaan UiTM
Perkongsian daripada Dr Hazman Hassan berkaitan dengan Duli Yang Teramat Mulai Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Avatar photo
Noor Azureen Abd Aziz PTAR Shah Alam

Leave a Reply