Taklimat Pendaftaran & Verifikasi Bahan Penerbitan Dalam Sistem PRIMe

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan Taklimat Pendaftaran & Verifikasi Bahan Penerbitan di Sistem PRIMe pada 14 April 2022, Khamis, jam 10.00 pagi – 12.30 tengah hari secara atas talian melalui platform Cisco Webex.

Pada sesi kali ini, taklimat sepenuhnya disampaikan oleh  Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof Pustakawan Kanan (Penyelaras Koordinator PTAR-PRIMe), PTAR UiTM Shah Alam dengan dibantu oleh Encik Abdul Qayuum Abdul Razak, Penyelaras Data Penerbitan Universiti Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) UiTM Cawangan Melaka selaku moderator.

Objektif taklimat ini diadakan adalah :

i.              Memberi pengetahuan tentang proses kerja validasi penyelidikan yang terkini bagi memantapkan proses sedia ada

ii.             Membantu penyelidik dalam proses muatnaik bahan ke Sistem PRISMe

iii.            Meningkatkan pemahaman penyelidik tentang fungsi dan tugas utama Unit Sokongan Penyelidikan di PTAR UiTM

iv.           Menguruskan penerbitan universiti dengan lebih sistematik dan memberi impak kepada penghasilan penyelidikan yang lebih berkualiti

Taklimat yang telah dihadiri seramai 63 orang penyelidik UiTM Cawangan Melaka ini meletakkan harapan tinggi agar objektif yang disasarkan dapat dicapai, seterusnya memberikan impak kepada pengurusan penerbitan UiTM Cawangan Melaka khususnya. Maklumat lanjut berkaitan taklimat boleh diakses di pautan https://melaka.library.uitm.edu.my/pages/upcoming-event/latest-ptar/509-prime2022.

Disediakan oleh : Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply