Bicara Ramadan: Mencari Maghfirah & Rahmat Allah

Poster Bicara Ramadan

Bersempena dengan bulan Ramadan 1443H kali ini, pada hari Jumaat, 15 April 2022, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah menganjurkan program Bicara Ramadan: Mencari Maghfirah & Rahmat Allah yang disampaikan oleh panel jemputan, Ustaz Muhamad Adli Ibrahim, Pegawai Eksekutif (Imam) Unit Hal Ehwal Islam UiTM Kampus Rembau.

Ceramah agama yang berlangsung selama satu (1) jam itu telah diadakan di Ruang Santai Aras 1, PTAR dan disertai oleh warga kakitangan UiTM serta para mahasiswa dan mahasiswi UiTM Kampus Rembau yang berkelapangan untuk turut serta.

Pustakawan Kanan, Puan Nur Rabita Rouzan menyampaikan cenderahati kepada panel jemputan

Program ceramah tersebut diikuti dengan sesi soal jawab bersama penonton di mana Ustaz Muhamad Adli membantu menjawab kemusykilan dan persoalan dari para penonton secara langsung.

Selain dapat mengisi bulan Ramadan yang penuh rahmat ini dengan program berilmiah, pelaksanaan program ini sedikit sebanyak memberi galakkan kepada pengguna untuk berkunjung ke perpustakaan.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply