Sesi eLibrary Outreach Bersama Warga UiTM Cawangan Terengganu

Sempena Program Library2u Read-Reflect-Review (Mac – April 2022), Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah mengadakan Sesi eLibrary Outreach bersama warga UiTMCT pada 14 April 2022, Khamis, melalui platform Webex Meeting. Program yang berlangsung selama dua jam bermula dari jam 10.00 pagi ini telah dihadiri oleh seramai 124 orang peserta yang terdiri daripada warga UiTM seluruh cawangan yang sama-sama berminat untuk menyertai sesi taklimat ini.

Library outreach merupakan program tahunan Perpustakaan UiTM yang dilaksanakan bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan, khususnya bagi pengguna dalam kampus yang jarang mengunjungi perpustakaan, mahupun pengguna luar kampus yang berminat.

Selain menjelaskan fungsi perpustakaan bukan hanya kepada untuk warga akademik sahaja, program ini telah memberi penerangan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan mengikut fungsi yang berkait rapat dengan seluruh warga kampus mengikut kepakaran profesional Pustakawan Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT masing-masing.

Slot 1: Pelupusan Rekod & Fail Universiti
oleh Encik Md.Kamil bin Ibrahim
(Pustakawan Kanan)
Slot 2: Perolehan Sumber Bercetak
oleh Encik Nik Lokman bin Nik Ismail
(Pustakawan Kanan)
Slot 3: Akses Sumber Rujukan Digital
oleh Cik Asmahani binti Abdullah
(Pustakawan Kanan)

Juga terdapat selingan kuiz dan hadiah menarik ditawarkan kepada peserta di setiap slot pembentangan.

Hubungan antara perpustakaan dengan pengguna perlu sentiasa β€œdiperbaharui” melalui kepelbagaian aktiviti galakan membaca dan membudayakan ilmu mengikut kesesuaian trend semasa bagi memastikan perpustakaan sentiasa relevan dalam menyokong kecemerlangan universiti. Justeru, pelaksanaan sesi perkongsian ilmu atas talian seperti ini diharap dapat mengekalkan nilai perpustakaan di mata pengguna.

Disediakan oleh:Β Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply