Quran Hour @ PST

Program Quran Hour @ PST telah diadakan pada 15 April 2022 (Jumaat) di Ruang Learning Common PTAR Sains & Teknologi bagi mengimarahkan lagi bulan ramadhan di samping meraikan Nuzul Quran tidak lama lagi. Penglibatan staf adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain dan dapat meluangkan masa membaca Al-Quran bersama-sama. Surah yang dibaca bersama adalah Surah Al-Mulk iaitu sebanyak 30 ayat.

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

  1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
  2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
  3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
  4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
  5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

TikTok PTAR Sains & Teknologi : https://www.tiktok.com/@ptarsains.teknologi/video/7087828631631727898?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7011039824471721473

Penulis : Nor Hafizah Md Hanafiah (Pustakawan Kanan), PTAR Sains & Teknologi

Avatar photo
Nor Hafizah Md Hanafiah PST Shah Alam
Senior Librarian PTAR 1, UiTM Shah Alam

Leave a Reply