Taklimat Pendaftaran & Verifikasi Bahan Penerbitan (PRIME) bersama Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS)

Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang-Undang (PUU), UiTM Shah Alam telah menganjurkan Taklimat Pendaftaran & Verifikasi Bahan Penerbitan Di Modul Penerbitan Sistem PRIMe bersama warga Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) pada 4 April 2022, hari Isnin dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Taklimat ini dilaksanakan secara atas talian melalui platform Cisco Webex. Seramai 11 orang pensyarah telah menyertai sesi taklimat tersebut.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof Pustakawan Kanan (Penyelaras Koordinator PTAR-PRIMe), PTAR UiTM Shah Alam. Pengisian bagi program tersebut adalah seperti berikut:
a. Pengenalan kepada Modul Penerbitan Sistem PRIMe
b. Proses Pendaftaran dan Verifikasi Bahan Penerbitan
c. Sesi Soal Jawab

Diharapkan sesi taklimat seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang bagi membantu para penyelidik untuk mendaftarkan penerbitan dan penulisan mereka dengan sebaiknya seterusnya memberikan impak kepada pengurusan penerbitan warga AAGBS.

Nur Azian Azis PUU Shah Alam

Leave a Reply