Kunjungan Hormat (Siri I) : Bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), UiTM Cawangan Johor

31 April 2022 – Satu sesi Kunjungan Hormat Bersama MPP UiTM Cawangan Johor telah diadakan dengan tujuan mempergiatkan promosi serta hebahan tentang kemudahan dan perkhidmatan terkini Perpustakaan. Sesi ini melibatkan seramai 20 orang MPP yang diadakan secara bersemuka bagi MPP Kampus Segamat dan atas talian bagi MPP Kampus Pasir Gudang. 

Program ini dimulakan dengan sesi suai kenal antara Pengurusan Perpustakaan Tun Dr Ismail dan MPP. Program diteruskan dengan ucapan aluan daripada Puan Mawar Noor binti Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan disusuli dengan penerangan berkaitan Perkhidmatan Perpustakaan oleh Puan Noredayu binti Rosli, Pustakawan Kanan. Taklimat Perpustakaan Digital telah disampaikan oleh Puan Siti Rozana binti Mat Sanat. Selain mendengar taklimat, pelajar turut melakukan aktiviti secara hands on bagi berkunjung secara maya ke portal Perpustakaan, memuat turun artikel jurnal, dan menggunapakai My Knowledge portal.

Diakhir program, pelajar diberi peluang untuk memilih dan seterusnya membuat pinjaman buku yang telah disediakan.

Diharap dengan sesi ini memberi pengetahuan berkaitan inisiatif Perpustakaan Digital yang ditawarkan oleh Perpustakaan kepada pelajar di samping dapat membantu mereka memahami fungsi dan peranan setiap inisiatif dalam menyokong pengajaran, pembelajaran serta penyelidikan.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada MPP UiTM Cawangan Johor dan semoga jalinan kerjasama ini berpanjangan.

Penulis : Siti Rozana binti Mat Sanat | Pustakawan Kanan

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply