Majlis Jasamu Dikenang, Budi Disanjung : En. Wan Abdul Rahim bin Wan Omar

31 April 2022 – En. Wan Abdul Rahim bin Wan Omar merupakan Pembantu Operasi di Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Cawangan Johor. Beliau telah berkhidmat di UiTM selama 37 tahun (Dis 1983 – 12 April 2022). Berikut adalah maklumat perkhidmatan beliau:

  • Disember 1983 hingga 1984 – Pekerja Harian (Asrama & Fasiliti)
  • 1.7.1985 – Pekerja Asrama & Bangunan (Asrama & Fasiliti)
  • 1.7.1986 – Pelayan Asrama (Asrama)
  • 1.1.1989 – Pembantu Am Rendah (Fasiliti)
  • 1990 hingga 1998 – Pembantu Am Rendah (Perpustakaan Tun Dr Ismail)
  • 1.7.2009 – Pembantu Am Pejabat Kanan (KUP) (Kolej)
  • 1.11.2013 – Pembantu Operasi (Kolej)
  • 2016 hingga 12.4.2022 – Pembantu Operasi (Perpustakaan Tun Dr Ismail)

Beliau dikenali sebagai seorang yang ceria, ringan tulang dan mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja. Persaraan beliau begitu dirasai dan tiada kata dapat diungkap melainkan doa dari kejauhan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan atas segala jasa, keringat, pengorbanan En. Wan Abdul Rahim sepanjang berkhidmat di UiTM Johor umumnya dan Perpustakaan Tun Dr Ismail khasnya.

Kami warga PTDI mengucapkan Selamat Bersara dan didoakan moga beliau diberi kesihatan dan dilimpahkan rahmat oleh Allah.

Bila memandang ke muka laut, 

Nampak sampan mudik ke hulu,

Bila terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik ingat selalu.

Pucuk pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan,

Biar jauh di negeri satu,

Hilang dimata dihati jangan.

Penulis : Siti Rozana binti Mat Sanat | Pustakawan Kanan

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply