Taklimat Literasi Maklumat Minggu Edu 5.0 PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin telah menjalankan Taklimat Literasi Maklumat Minggu Edu 5.0 untuk pelajar baharu UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin PTAR Minggu Edu 5.0 PTAR UiTM Cawangan Melaka bagi Fakulti Sains Komputer & Matematik dan Fakulti Perladangan & Agroteknologi pada ketatapan berikut:

Tarikh : 25 Mac 2022

Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Medium : Online Cisco Webex

Taklimat yang telah dihadiri seramai 411 orang pelajar baharu ini telah dikendalikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dengan dibantu oleh Pembantu Pustakawan, Encik Ahmad Zahari bin Roslly.

Objektif utama taklimat ini adalah  memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu berkaitan dengan perkhidmatan PTAR UiTM terutama sekali perkhidmatan perpustakaan digital selaras dengan sesi pembelajaran Open Distance Learning (ODL) , sumber pencarian maklumat yang tepat, pengaksesan portal My Knowledge Management yang akan membantu proses pembelajaran pelajar dan pelbagai sumber maklumat Open Access.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply