Library Outreach@PTAR Bersama Warga Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur

Pada 9 Mac 2022 jam 9.00 pagi, PTAR telah mengadakan Program Library Outreach@PTAR Bersama Warga Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU). Program ini merupakan satu jalinan kerjasama diantara Bahagian Komunikasi Korporat, PTAR, PTAR Alam Bina dan FSPU. Program Program Library Outreach PTAR adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkenaan perkhidmatan baharu PTAR kepada warga UiTM.

Program Library Outreach bersama FSPU kali ini adalah berfokus kepada perolehan bahan silibus. Program ini telah dijalankan selama 2 jam secara atas talian melalui platform Webex. Seramai 87 orang warga akademik telah menyertai program ini.

Program Library Outreach bersama FSPU ini telah dikendalikan oleh Pn. Nurul Farihah selaku pengacara majlis pada hari tersebut. Sesi dimulakan dengan kata aluan daripada Dekan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah. Seterusnya diikuti dengan sesi taklimat perolehan bahan silibus oleh Pn. Asmah Sabtu. Sesi diakhiri dengan sesi soal jawab, maklumbalas dan perkongsian idea diantara kedua pihak.

Banyak maklumat berkenaan perolehan bahan silibus yang dikongsikan bersama warga FSPU. Selain itu, melalui program ini juga PTAR telah menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan baharu yang ditawarkan kepada warga UiTM seperti Kelas Kemahiran Maklumat, Sistem Pendaftaran Penyelidikan (PRIMe) dan Book Delivery Services. Diharapkan program kerjasama seperti ini diantara PTAR dan fakulti dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha meningkatkan mutu dan perkhidmatan perpustakaan sekaligus menjadi rakan strategik penyelidikan dan penulisan fakulti khususnya dan universiti amnya.

Penulis: Nurul Farihah Sarmin Panut (Pustakawan Kanan), PTAR Alam Bina.

Zharif Farhan Muhamad Pauzi PAB Shah Alam

Leave a Reply