Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Kolej Komuniti Tapah Bersama PTAR Tapah

Penyampaian saguhati daripada pihak Pusat Sumber Kolej Komuniti Tapah kepada PTAR Kampus Tapah

Bengkel Pemantapan Pengurusan telah diadakan di antara pihak Pusat Sumber Kolej Komuniti Tapah dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah pada 2 Mac 2022.

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk  memantapkan lagi pengurusan Pusat Sumber Kolej Komuniti Tapah dengan perkongsian maklumat daripada pustakawan-pustakawan di PTAR Kampus Tapah. Antara maklumat yang disampaikan adalah seperti pengurusan bahan perpustakaan, pengurusan statistik bulanan, proses peminjaman dan pemulangan buku dan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan kepada pengguna. Penyampaian maklumat telah disampaikan oleh Puan Nur Aida Rousli (Pustakawan Kanan) dan Puan Nur Dayana Mohd Narwawi (Pustakawan) kepada pensyarah Kolej Komuniti Tapah yang bertanggungjawab mengendalikan Pusat Sumber.

Bengkel selama dua jam ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak, Puan Siti Basriyah Shaik Baharudin dan Pustakawan Kanan PTAR Kampus Seri Iskandar, Puan Nur Aqilah Rousli. Pihak pengurusan tertinggi dari Kolej Komuniti Tapah turut menyertai bengkel yang diadakan secara atas talian ini melalui platform Google Meet. Semoga dengan perkongsian maklumat dari PTAR Kampus Tapah ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada pengurusan Kolej Komuniti Tapah dalam mengendalikan Pusat Sumber pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Nur Dayana Mohd Narwawi, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah

Avatar photo
Mohd Amirul Hafidz Bin Ahmad PTAR Tapah Perak

Leave a Reply