Lawatan Kerja Naib Canselor Ke UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah

Pada 22 Februari 2022 (Selasa), Naib Canselor, Prof Ts Dr Roziah Mohd Janor telah mengadakan lawatan kerja ke UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah. Warga UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah berpeluang untuk beramah mesra dengan Naib Canselor sepanjang lawatan kerja diadakan.

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Tapah adalah di antara lokasi yang telah dilawat oleh Prof Ts Dr Roziah Mohd Janor di samping lawatan ke Kolej, Makmal dan Ladang Kontan. Prof Ts Dr Roziah Mohd Janor telah dibawa untuk meninjau pemandangan sekitar kawasan UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah dari Research Garden di Aras 3 PTAR Kampus Tapah. Di samping itu, beberapa maklumat turut disampaikan kepada Prof Ts Dr Roziah Mohd Janor seperti fungsi Research Garden, perkhidmatan PTAR Kampus Tapah dan sebagainya.

Sebelum berakhirnya lawatan kerja ini, sesi bergambar bersama Prof Ts Dr Roziah Mohd Janor bersama Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Perak telah diadakan di hadapan pintu utama PTAR Kampus Tapah. Di samping itu, Prof Ts Dr Roziah Mohd Janor turut sudi menyampaikan buku beliau yang bertajuk Managing University Data for Quality : From the Lens of a Practitioner kepada Pustakawan Kanan PTAR Kampus Tapah, Puan Nur Aida Rousli.

Disediakan oleh: Nur Dayana Mohd Narwawi, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah

Avatar photo
Mohd Amirul Hafidz Bin Ahmad PTAR Tapah Perak

Leave a Reply