Kursus Asas Pengurusan Fail & Rekod Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) & Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ)

Pada 15 dan 16 Mac 2022 (Selasa/Rabu ), 8.30 pagi – 4.30 petang Unit Arkib Cawangan (UAC) Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Pahang telah menganjurkan KURSUS ASAS PENGURUSAN FAIL & REKOD PEGAWAI REKOD JABATAN (PRJ) & PEMBANTU TADBIR REKOD JABATAN (PTRJ) kepada semua staf yang telah dilantik oleh UAC.

Kursus Asas ini dikendalikan oleh Puan Azniza Binti Mohamad Nor, Pegawai Arkib daripada Jabatan Arkib Universiti (JAU), UiTM Shah Alam. Kursus ini disertai hampir 100 orang staf yang dilantik PRJ & PTRJ daripada Kampus Jengka, Kampus Raub dan juga terbuka kepada cawangan lain. Kursus ini telah dikendalikan secara atas talian melalui platform Cisco Webex Perpustakaan Al-Bukhari.

Objektif utama kursus ini adalah untuk menerangkan secara terperinci proses yang terlibat dalam pengurusan fail dan rekod secara teori, serta memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]. Diharapkan dengan penganjuran kursus ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada peserta dalam menguruskan tugasan harian dan mempraktikkan cara kerja yang lebih efisien.

Rakaman sepanjang kursus boleh diakses di pautan ini. KLIK SINI

Hari Pertama Kursus Asas, 15 Mac 2022

Hari Ke Dua Kursus Asas, 16 Mac 2022

Disediakan oleh : Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

NorfitriahΒ Mat Seman PTA Machang Kelantan

Leave a Reply