Pameran: Best Seller

Pameran Best Seller ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan buku-buku yang pernah menjadi buku best seller di pasaran tidak kira sama ada di pasaran tempatan atau antarabangsa.

Buku-buku yang ditawarkan adalah dari koleksi yang terdapat di Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Kampus Pasir Gudang, merangkumi koleksi fiksyen dan bukan fiksyen. Pameran ini akan berlangsung di ruang legar PTDI selama 3 bulan bermula Februari 2022.

Setiap peminjam buku best seller ini turut berpeluang untuk menyertai program Kapsul Misteri yang juga sedang dijalankan yang mana ia menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pengunjung.

Buku-buku di pameran Best Seller

Penulis: Nurrul Iza binti Ibrahim, Pembantu Pustakawan

Nor Azelea Mohd Azahar PTDI Pasir Gudang Johor

Leave a Reply