Program Multaqa Mahabbah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Bersama UiTM Sabah

Pada 27hb Januari 2022 (Khamis), PTAR UiTM Sabah amat berbesar hati menerima kunjungan daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) IPDAS melalui Program “Multaqa Mahabbah” bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah. Program Multaqa Mahabbah adalah membawa maksud pertemuan yang dipenuhi dengan kasih sayang atau lebih dikenali sebagai kunjungan hormat MPM IPDAS kepada MPP UiTM.

Antara program yang telah diadakan adalah lawatan ke PTAR UiTM Sabah iaitu “Library Tour”. Para mahasiswa telah diiringi staf PTAR, En. Zakariamat Mattiong, Pembantu Pustakawan Kanan sepanjang program berkenaan.

Lawatan ke Galeri PTAR UiTM Sabah
Antara koleksi yang terdapat dalam Galeri

Terima kasih diucapkan kepada pihak MPM IPDAS dan MPP UiTM Sabah atas kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga ukhuwah (silaturrahim) antara dua pihak akan terjalin erat pada masa-masa akan datang.

Editor : Sharmila Binti Tawakkal, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR Sabah

Gambar kenangan bersama MPM IPDAS

Avatar photo
Marlia binti Yuming PTAR Kota Kinabalu Sabah

Leave a Reply