MOBILE LIBRARY@PTDI: Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Pejabat Bendahari

Mobile Library@PTDI merupakan program yang dilaksanakan untuk mendekati pengguna di UiTM Kampus Pasir Gudang. Bagi melaksanakan program Mobile Library@PTDI kali ini, PTDI mengunjungi Pejabat Hal Ehwal Pelajar di aras 2 dan Pejabat Bendahari di aras 4. Program ini diadakan pada 19 Januari 2022. Kedua-dua unit ini terletak di Bangunan Pentadbiran.

Program ini dilaksanakan apabila PTDI membawakan buku-buku baru dan buku-buku bestseller sebagai promosi kepada staf di unit tersebut. Staf juga boleh memilih dan terus meminjam buku-buku yang diminati mereka.

Selain mempromosikan buku-buku yang dibawa, pihak PTDI juga mempromosikan perkhidmatan Book Delivery Service dimana pihak kami akan menghantar buku yang dipesan oleh mereka tanpa hadir ke PTDI. Program Mobile Library@PTDI ini akan dilaksanakan dari masa ke semasa.

Staf di Pejabat Bendahari sedang memilih buku yang ingin dibaca
Puan Noraida Marmin, staf HEP bersama buku yang dipinjamnya
Proses peminjaman bahan terus kepada pelanggan

Penulis: Nor Azelea Mohd Azahar, Pustakawan Kanan

Nor Azelea Mohd Azahar PTDI Pasir Gudang Johor

Leave a Reply