Pameran Maya: Sejarah Israk & Mikraj

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menyediakan pameran maya bertajuk “Sejarah Israk dan Mikraj”. Pameran ini diadakan sempena memperingati peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah. Pada 1 Mac 2022, peristiwa ini disambut oleh umat Islam di Malaysia bagi memperingati peristiwa yang sangat luar biasa yang telah dilalui Rasulullah S.A.W. pada tahun ke-11 kerasulan Baginda.

Objektif pameran ini diadakan bagi memperingati peristiwa Nabi Muhammad S.A.W. berjalan malam dari al-Masjid al-Haram ke al- Masjid al-Aqsa. Peristiwa ini memberi kita banyak peringatan untuk dihayati oleh seluruh umat manusia supaya kita sentiasa berpegang teguh akan suruhan dan larangan Allah SWT. Selain itu, secara tidak langsung pameran ini dapat menerapkan dan menggalakkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Pameran maya ini boleh diakses di laman sesawang PTAR UiTM Cawangan Melaka di bahagian Virtual Exhibition

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang
memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Selain itu, Pihak PTAR UiTM Cawangan Melaka juga telah menyediakan Kuiz Pameran Maya: Sejarah Israk & Mikraj bagi menguji kefahaman warga UiTM mengenai peristiwa Israk & Mikraj. Kuiz ini telah bermula pada 4 Mac 2022 dan akan berakhir pada 11 Mac 2022. Peserta terbuka kepada semua warga UiTM dan hadiah menarik bakal menanti pemenang bagi kategori staf dan pelajar.

Pautan Pameran Mayahttps://melaka.library.uitm.edu.my/virtual-exhibition/490-israkmikraj

Pautan Kuiz: http://shorturl.at/gnsIY

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply