ISI (50 MARKAH)
Peserta akan diadili dari segi pengenalan, isi, penutup dan penyusunan ayat serta rumusan. Pecahan markah adalah seperti maklumat yang berikut:
- Pengenalan mestilah menarik perhatian penonton, mengandungi definisi dan mengandungi fakta bagi setiap isi.
- Merumus kesemua isi penting dan mengakhiri dengan impak yang positif.
- Penyusunan isi menarik dan mudah difahami serta mempunyai kesinambungan yang sesuai.
CARA PENYAMPAIAN & PENAMPILAN (30 MARKAH)
- Pertuturan yang jelas dan bersemangat.
- Bijak menggunakan lenggok suara dan nada yang jelas.
- Bijak menggunakan bahasa tubuh, bahasa isyarat dan ekspresi muka.
- Menggunakan perbendaharaan kata dan pemikiran yang bijak.
- Tiada gangguan lisan dan bukan lisan (um, er, hm).
- Pakaian yang menutup aurat dan tidak melanggar syarak.
- Kaedah penyampian adalah bebas dan mengikut kreativiti masing-masing.
BAHASA & ADAB (20 MARKAH)
- Pemilihan perkataan yang sesuai.
- Tatabahasa dan sebutan yang jelas dan terang.
- Penggunaan bahasa yang standard.
- Tiada kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi.
- Perlakuan dan tutur kata yang sopan.