Thursday, 19 Jamadilawwal 1446
Thursday, 21 November 2024

Library News

Audit Pematuhan Etika: Meningkatkan Ketelusan Pelaksanaan Integriti

10-12 Jamadilawal 1446H | 12-14 November 2024

SHAH ALAM – Audit Pematuhan Etika oleh Bahagian Integriti UiTM yang berlangsung pada 12 hingga 14 November 2024 bertujuan memastikan ketelusan dan kepatuhan tinggi dalam pelaksanaan inisiatif tadbir urus di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Program ini memberi tumpuan kepada penilaian pelaksanaan, pencapaian, dan kecekapan inisiatif tadbir urus yang telah diusahakan oleh pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Audit kali ini diketuai oleh panel auditor yang terdiri daripada Puan Noor Azmah Zuber dari InQKA (Institut Kualiti & Pengembangan Ilmu) serta Ts. Ezlina Mohd Ahnuar daripada Kolej Pengajian Alam Bina. Panel auditor menekankan kepentingan tadbir urus dan integriti dalam memastikan keberkesanan operasi serta kualiti perkhidmatan perpustakaan UiTM.

Pelaksanaan audit berjalan lancar, di mana semua warga Perpustakaan Tun Abdul Razak terlibat aktif dalam memberikan kerjasama bagi memperlihatkan kepatuhan dan komitmen terhadap etika profesional. Sesi ini diharapkan dapat memberi impak positif ke arah peningkatan ketelusan, kecekapan, dan integriti institusi, selaras dengan aspirasi UiTM dalam memastikan tadbir urus yang cemerlang di seluruh kampus.

 

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.