Tuesday, 29 Jamadilakhir 1446
Tuesday, 31 December 2024

Library News

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100 dan Pemasyhuran Tuanku Canselor UiTM ke-7

11 Jamadilawal 1446H | 13 November 2024

Shah Alam, 13 November - Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-100 berlangsung dengan penuh gemilang pagi tadi di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor UiTM ke-7 dalam satu majlis penuh istiadat, menjadikan baginda sebahagian daripada sejarah institusi pendidikan tinggi ini.

Majlis yang sarat dengan adat istiadat Melayu itu dihadiri oleh ribuan tetamu termasuk alumni, ibu bapa, serta keluarga graduan. Terdapat juga sesi ramah mesra dan fotografi khas bersama alumni yang dianjurkan oleh Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM. Dalam sesi tersebut, Naib Canselor UiTM turut menerima satu naskhah kaligrafi istimewa daripada saudara Shah Tumin, alumni UiTM, untuk disimpan sebagai Koleksi Khas Jawi di Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Istiadat konvokesyen ini juga membawa makna istimewa bagi lebih 30,000 graduan yang akan diraikan dalam tempoh sebulan, bermula dari 13 November hingga 12 Disember 2024. Para graduan, ibu bapa, ahli keluarga, serta barisan tenaga akademik dan pentadbir UiTM diraikan atas kejayaan mereka dalam menyokong misi pendidikan dan kecemerlangan universiti ini.

Tahniah diucapkan kepada semua graduan atas pencapaian yang gemilang ini, yang pastinya menjadi detik bermakna dalam sejarah UiTM.

 

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.