Sukacita dimaklumkan Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka akan mengadakan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) UiTM Cawangan Melaka bersama Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UiTM Cawangan Melaka pada ketetapan berikut:
Tarikh : 21 November 2024 (Khamis)
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Mini Auditorium, Aras 7, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya
Objektif bengkel adalah seperti berikut:
- Menyediakan satu kerangka pengurusan rekod sistematik.
- Memberi gambaran fungsi, aktiviti dan transaksi organisasi.
- Perkongsian rekod secara dalaman atau luaran sesebuah organisasi.
- Membantu meningkat capaian, dapatan semula, penggunaan dan penyebaran rekod.
Semoga bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dan membantu meningkatkan ketampakan fungsi dan peranan Unit Arkib Cawangan. Seterusnya ianya mampu menjadi wadah bagi profesional dan komuniti arkib berkongsi maklumat dan mentransformasi peranan dan tanggungjawab bagi mengharungi cabaran masa hadapan.
Sekian, terima kasih.