Lawatan Sekolah : Lawatan Sambil Belajar (Siri 1) dari Kolej Vokasional Shah Alam

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
9 Mei 2024 | 30 Syawal 1445H
Sukacita dimaklumkan bahawa PTAR telah menerima Lawatan Sambil Belajar (Siri 1) dari Kolej Vokasional Shah Alam. Siri lawatan ini adalah bagi melengkapkan modul Microsoft Word Formatting dan Experiential Tour bagi Program Khidmat Komuniti Bersama Pelajar Negeri Selangor. Seramai 48 orang pelajar dari program Diploma Teknologi Kimpalan bersama-sama 6 orang guru pengiring telah menyertai lawatan ini.
 
Pembelajaran yang diperolehi sepanjang lawatan ini adalah :
 
1. Taklimat Microsoft Word Formatting secara hands-on yang disampaikan oleh Encik Muhammad Zaidie bin Bardan (Pustakawan Kanan)
2. Experiential Tour Perpustakaan UiTM oleh Puan Siti Salwa A. Rahman (Pustakawan Kanan) untuk PTAR Utama dan Puan Rizana binti Mohd Radwan (Pustakawan Kanan) untuk PTAR Kejuruteraan
3. Experiential tour ke makmal-makmal di Kolej Pengajian Kejuruteraan yang diuruskan oleh Ts Ameran Saiman:
- Bahagian Kimpalan - Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
- Advanced Manufacturing
- Bengkel Pemesinan (Bahagian Kisar, bahagian Larik, bahagian Gegas, bahagian Kepingan Logam dan Makmal CNC
4. Tour@UiTM oleh Cik Anis Fadilah binti Zulkifli (Pustakawan) bagi penerangan berkaitan lokasi-lokasi kolej pengajian/Fakulti/Pusat Tanggungjawab dan kemudahan yang terdapat di UiTM Shah Alam menggunakan bas dan diiringi oleh Polis Bantuan UiTM yang bertugas.
 
PTAR ingin mengucapkan terima kasih kepada Pihak Kolej Pengajian Kejuruteraan, Polis Bantuan UiTM dan semua pihak yang terlibat menjayakan Lawatan Sambil Belajar Siri 1 ini.
 

Contact Us

Corporate Communication Division
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Division
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian