Monday, 05 Rabi'ulawal 1446
Sunday, 08 September 2024

Latest at PTAR

Lawatan Kolej Vokasional Shah Alam (Siri 2)

Sukacita dimaklumkan bahawa PTAR telah menerima Lawatan Sambil Belajar (Siri 2) dari Kolej Vokasional Shah Alam. Siri lawatan ini adalah bagi melengkapkan modul Experiential Tour bagi Program Khidmat Komuniti Bersama Pelajar Negeri Selangor. 

Seramai 36 orang pelajar dari program Diploma Teknologi Rangkaian dan Diploma Sistem Pengurusan pangkalan Data dan Aplikasi Web bersama-sama 3 orang guru pengiring telah menyertai lawatan ini.

Pembelajaran yang diperolehi sepanjang lawatan ini adalah:

  1. Experiential Tour Perpustakaan UiTM oleh Puan Azura binti Mohamad Hashim (Timbalan Ketua Pustakawan) di PTAR Utama dan Puan Rizana Mohd Radwan (Pustakawan Kanan) di PTAR Kejuruteraan.
  2. Experiential tour ke makmal-makmal di Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK) oleh Ts. Ameran Saiman :
    - CISCO Certified Network Associate (CCNA)
    - Vehicle Intelligence and Telematics Lab
  3. Experiential Tour di Makmal-makmal Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) oleh Puan Farahnatasyah Abdul Hanan :
    - Smart Classroom
    - Global Learning Space @ FSKM
    - CCNP Lab
  4. Tour@UiTM oleh Bridged Sukarelawan PTAR oleh Cik Ungku Zuhrah Maisarah binti Ungku Mahatzir berkaitan penerangan berkaitan lokasi-lokasi kolej pengajian/Fakulti/Pusat Tanggungjawab dan kemudahan yang terdapat di UiTM Shah Alam menggunakan bas dan diiringi oleh Polis Bantuan UiTM yang bertugas.

PTAR ingin mengucapkan terima kasih kepada Pihak Kolej Pengajian Kejuruteraan, Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), Bridged Sukarelawan PTAR, Polis Bantuan UiTM dan semua pihak yang terlibat menjayakan Lawatan Sambil Belajar Siri 2 ini.

Tags: ,

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian