BHEI, PTAR bekerjasama jayakan program literasi maklumat di sekolah daerah Jerantut, Pahang

JERANTUT, 7 September 2023 – Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah mengadakan program Khidmat Masyarakat di dua buah sekolah daerah Jerantut, Pahang selama 3 hari bermula 7 September 2023 hingga 9 September 2023. 

Objektif program ini adalah membentuk generasi muda yang celik maklumat dan suka membaca.

Seramai 12 orang terdiri daripada staf perpustakaan dan pelajar Latihan Industri terlibat dalam mengendalikan empat aktiviti di SK Kampung Pagi dan SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. 

Staf PTAR diwakili oleh: 

  1. Azura Mohamad Hashim 
  2. Mohd Hazrul Mohd Hussin
  3. Muhammad Zaidie Bardan
  4. Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli 
  5. Anis Fadilah Zulkifli 
  6. Abdul Halim Mohd Daud
  7. Muhammad Hazhar Abdul Aziz
  8. Zayani Zakaria 
  9. Muniratul Husna Mohd Zaki (Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM cawangan Pahang)

Berikut ialah pelajar Latihan Industri dari Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM cawangan Pahang: 

  1. Muna Farihah Mazul Hisham 
  2. Siti Zubaidah Pahrurozi 
  3. Syed Mohd Ezam Syed Abd Rahim

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: 

  1. Menyediakan IQRA’ Corner di SK Kampung Pagi.
  2. Melaksanakan program Galakan Membaca bersama pelajar di SK Kampung Pagi.
  3. Melaksanakan program Celik Maklumat di SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
  4. Melaksanakan program Bacaan Pantas di SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.

Sambutan pelajar terhadap aktiviti literasi maklumat adalah amat menggalakkan apabila seramai 200 orang pelajar telah mengikuti program Celik Maklumat dan Bacaan Pantas manakala 36 orang pelajar telah menyertai program Galakan Membaca. 

Ruang IQRA’ Corner yang terbuka, ceria dan terletak di laluan utama pelajar dijangka akan menjadi daya tarikan pelajar untuk membaca.   

PTAR Shah Alam

Leave a Reply