Sambutan Hari Pustakawan dan Hari Arkib Antarabangsa 2025 Peringkat UiTM Cawangan Melaka
Event
Title:
Sambutan Hari Pustakawan dan Hari Arkib Antarabangsa 2025 Peringkat UiTM Cawangan Melaka
When:
Mon, 9. June 2025, 08:00 h - Fri, 13. June 2025, 17:00 h
Description
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera
YBhg. Prof. Emeritus/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa PTAR UiTM Cawangan Melaka ingin menjemput warga UiTM Cawangan Melaka ke Sambutan Hari Pustakawan dan Hari Arkib Antarabangsa 2025 Peringkat UiTM Cawangan Melaka pada ketetapan berikut:
Tarikh : 9 Jun 2025 - 13 Jun 2025 (Isnin - Jumaat) Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang Lokasi : PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah
Peserta : Terbuka kepada warga UiTM Cawangan Melaka
Untuk makluman Sambutan Hari Pustakawan dan Hari Arkib Antarabangsa 2025 Peringkat UiTM Cawangan Melaka ini adalah bertujuan untuk memartabatkan bidang dan profesional pengurusan maklumat ke peringkat yang lebih tinggi dengan meraikan nilai yang diberikan oleh pustakawan, pegawai arkib dan pengurus maklumat. Selain itu, meningkatkan kesedaran dikalangan warga universiti tentang kepentingan perpustakaan dan arkib untuk tadbir urus pembangunan gedung ilmu dengan baik.
Apa Yang Menanti Anda?
Pameran Sambutan Hari Pustakawan dan Hari Arkib Antarabangsa
Pertandingan Video Kreatif Bertema 'Sehari Di Perpustakaan'
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik!
Sertai kami dan raikan peranan pustakawan dalam dunia ilmu dan maklumat. Jumpa anda di sana!
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Perpustakaan di talian: 06-5582080 atau Unit Arkib di Whatsapp Business: http://www.wasap.my/+6065582081.