Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Bengkel Asas Sokongan Penyelidikan: Mendeley Reference Manager

Event

Title:
Bengkel Asas Sokongan Penyelidikan: Mendeley Reference Manager
When:
Thu, 15. May 2025, 10:00 h - 12:00 h
Bengkel Asas Sokongan Penyelidikan: Mendeley Reference Manager

Description

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBrs.Dr/Tuan/Puan,

JEMPUTAN BENGKEL MENDELEY UiTM CAWANGAN MELAKA 2025

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), UiTM Cawangan Melaka akan mengadakan Bengkel Asas Sokongan Penyelidikan: Mendeley Reference Manager secara dalam talian pada ketetapan berikut:

Tarikh    : 15 Mei 2025 (Khamis)
Masa    : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Platform : Google Meet (Rujuk link di email rasmi UiTM)
Peserta : Warga penyelidik UiTM Cawangan Melaka

Penceramah: 
Encik Abdul Azim Ab.Ghani, Pustakawan, PTAR UITM Cawangan Melaka
Cik Hazlin Ibrahim Khan (Fasilitator)

Moderator:
Dr. Raihah binti Aminuddin, Penyelaras Data Penerbitan, JPU UITM Cawangan Melaka

*JAM LATIHAN DISEDIAKAN

Kepada penyelidik yang berminat untuk menyertai bengkel ini, anda dimohon untuk mendaftar akaun di laman web Mendeley serta memuat turun dan install perisian Mendeley Desktop sebelum hadir ke bengkel. Berikut adalah pautan untuk muat turun: https://www.mendeley.com/download-reference-manager/windows 

Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati ingin menjemput YBrs.Dr/Tuan/Puan dan semua penyelidik untuk hadir menyertai bengkel latihan ini. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat. 

Bersama-sama ini disertakan juga poster program untuk hebahan dan perhatian pihak YBrs.Dr/Tuan/Puan. 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi raihah1@uitm.edu.my.

Segala kerjasama dan sokongan YBrs.Dr/ Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


Venue

Location:
PTAR, Melaka