
Salam Sejahtera,
YBhg. Dato' Seri/Datin Seri/Dato'/Datin/Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan
Sukacita dimaklumkan bahawa PROGRAM LITERASI KEWANGAN: SIMPAN BAIK BAIK BERSAMA KWSP anjuran bersama Jabatan Pengurusan & Perniagaan dan KWSP serta dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTMCPP dan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni akan diadakan seperti ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh: 4 - 6 November 2025 (Selasa, Rabu dan Khamis)
⏰ Masa: 9 pagi - 10 malam
📍Lokasi: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Pulau Pinang
🎯 Tema & Objektif:
Program ini merupakan pameran interaktif daripada pihak KWSP mengenai literasi kewangan yang menekankan kepentingan menabung serta manfaat simpanan dalam kalangan pelajar dan staf.
🎉Antara aktiviti menarik menanti anda🎉
✨Reruai Interaktif KWSP dan Agensi: Goodies bag menanti pengunjung yang selesai mengunjungi kesemua reruai interaktif KWSP (9 pagi - 5 petang)
🎪Gerai Jualan Stailo Event: Jualan di parking hadapan PTAR (9 pagi-10 malam)
👨💼Young Entrepreneur Summit (YES 3.0): Gerai jualan pelajar ENT300 (9 pagi-6 petang)
🎙️Sesi bersama influencer (11 pagi-5 petang)
Ceramah Final Year Student Program (FYP): ICAN and KWSP
🌈 Terbuka kepada semua. Jom datang beramai-ramai dan jangan lepaskan peluang ini! Mari bersama-sama “Simpan Baik-Baik, Rancang Hidup Lebih Baik.”
