PROGRAM LITERASI MAKLUMAT & BENGKEL SPEED READING DI MRSM KUALA KRAI
Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan diketuai oleh Puan Nordelina Zulkarnain, Timbalan Ketua Perpustakaan, bersama staf PTA telah menjayakan Program Literasi Maklumat dan Bengkel Speed Reading di MRSM Kuala Krai.
Program yang melibatkan 100 orang pelajar serta guru Pusat Sumber ini turut disertai oleh barisan pengurusan sekolah. Sepanjang sesi, pelajar didedahkan kepada kemahiran mencari maklumat sahih dan membaca pantas secara berkesan bagi menyokong pembelajaran abad ke-21.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen PTA dalam membudayakan ilmu dan membentuk adiwangsa, seiring aspirasi UiTM untuk melahirkan komuniti yang celik maklumat dan berdaya saing.
