MAJLIS PERASMIAN PAMERAN THE AUTHENTIC DIPLOMA SHOW Uitm CAWANGAN KELANTAN
Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan telah menjadi lokasi penganjuran pameran seni kreatif The Authentic Diploma Show anjuran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (AD), UiTM Cawangan Kelantan.
Majlis perasmian pameran ini telah disempurnakan oleh PROFESOR DR MOHD AFANDI MAT RANI pada 5 Ogos 2025 bertempat di ruang legar PTA. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pengurusan UiTM Cawangan Kelantan, pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, staf perpustakaan serta pelajar yang mengambil bahagian dalam pameran ini.
Pameran yang berlangsung mulai 5 hingga 28 Ogos 2025 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini menampilkan hasil karya pelajar diploma dalam bidang Reka Bentuk Tekstil dan Reka Bentuk Logam Halus.
Antara pengisian utama ialah:
- Pameran Karya Pelajar (Student Artworks Exhibition)
- Pameran Tekstil dan Barang Kemas (Textile & Jewellery Showcase)
- Sesi Perkongsian Akademik (Academic Sharing Session)
- Demonstrasi Seni (Art Demonstration)
- Pasaran Seni (Art Market)
Dalam ucapan perasmian, perasmi menekankan bahawa pameran ini merupakan platform terbaik untuk pelajar menonjolkan bakat, kreativiti, serta daya inovasi yang dihasilkan sepanjang pengajian. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada PTA kerana menyediakan ruang yang kondusif untuk pameran akademik sekaligus membudayakan ilmu dan seni di kampus.
Kolaborasi antara Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka bersama Perpustakaan Tengku Anis ini diharap dapat memperkukuh lagi usaha UiTM melahirkan graduan yang bukan sahaja berpengetahuan, tetapi juga kreatif, berinovasi dan berdaya saing di peringkat global.
