LAWATAN KERJA RASMI KETUA PUSTAKAWAN Uitm KE PTA PERKUKUH PEMBUDAYAAN ILMU
Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan telah menerima kunjungan rasmi daripada YBrs. Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan Universiti Teknologi MARA dalam satu lawatan kerja yang melibatkan dua lokasi iaitu Kampus Machang dan Kampus Kota Bharu.
- The visit aimed to strengthen collaboration and engagement between UiTM library units and host library institutions.
- It provided an opportunity to observe library facilities, services, and operational best practices.
- The programme encouraged knowledge sharing and continuous improvement in library services and user experience.
Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau fasiliti perpustakaan, membincangkan hala tuju pembangunan perkhidmatan maklumat serta memperkukuh strategi pembudayaan ilmu di kalangan warga kampus.
Sepanjang sesi, pihak pengurusan perpustakaan turut mengadakan libat urus bersama Ketua Pustakawan bagi menilai keperluan serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan maklumat kepada pelajar dan staf akademik.
Lawatan ini menjadi platform penting dalam memastikan Perpustakaan Tengku Anis terus memainkan peranan utama dalam menyokong proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UiTM Cawangan Kelantan.
