Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Announcement: Access to UiTM ELIB EBOOK

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan sukacitanya memperkenalkan Aplikasi Mobile ELIB PUiTM, sebuah platform digital yang membawakan ribuan bahan bacaan terus ke telefon bimbit atau tablet anda.

Kini, pencarian dan peminjaman buku digital boleh dilakukan dengan lebih pantas dan fleksibel pada bila-bila masa sahaja. Kelebihan Utama Aplikasi ELIB PUiTM:

1. Koleksi Berkualiti: Akses kepada lebih 1,000 bahan bacaan merangkumi genre fiksyen dan bukan fiksyen.

2. Akses Mudah & Fleksibel: Muat turun dan baca e-book kegemaran anda terus menerus melalui telefon pintar atau tablet tanpa batasan waktu. (1 pengguna maksimum 5 peranti sahaja)

3. Penanda Bacaan (Bookmark): Jangan risau hilang halaman terakhir, aplikasi ini ada bookmark halaman anda secara automatik untuk sambungan bacaan yang mudah.

PEMAKLUMAN PENTING: Sila ambil maklum bahawa perkhidmatan Desktop Reader kini telah ditamatkan sepenuhnya dan telah digantikan sepenuhnya dengan aplikasi mobile ini untuk membaca semua bahan pinjaman koleksi ELIB.

Bagaimana Cara Mengaksesnya?

1. Muat Turun: Imbas kod QR atau cari "ELIB PUiTM" di Google Play Store (Android) atau App Store (iOS).2

2. Log Masuk: Anda boleh mengakses aplikasi ini dengan mudah menggunakan SSO login Gmail UiTM anda.

3. Portal Alternatif: Pencarian dan peminjaman juga boleh dibuat terus melalui Portal PERMATA.

Panduan Penggunaan

Bagi anda yang memerlukan panduan langkah demi langkah, sila rujuk menu panduan di: Portal PERMATA ➔ Perkhidmatan ➔ Pembelajaran & Penyelidikan ➔ Panduan Perpustakaan

Mari kita bersama-sama menyuburkan budaya membaca ke arah Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa.