Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bersama Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin ,Tan Sri Dato’ Seri Syed Danial bin Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja serta barisan Pengurusan Eksekutif Tertinggi UiTM.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan menyempurnakan perasmian Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku yang berlangsung pada 8 Januari 2026. Majlis berprestij tersebut dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM dengan kerjasama Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa UiTM. Majlis ini turut dianjurkan bersama Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) sebagai tanda penghormatan serta manifestasi kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap Raja-Raja Melayu, yang berperanan sebagai payung kedaulatan negara dan tonggak perpaduan rakyat.

Penganjuran majlis berkenaan juga bertujuan memartabatkan seni puisi sebagai medium berkesan dalam menyampaikan nilai-nilai patriotisme, di samping memperkukuh penghargaan terhadap warisan budaya Melayu. Selain itu, program ini diharap dapat memupuk rasa cinta, hormat dan kesedaran terhadap kepentingan Institusi Diraja dalam kalangan generasi muda serta seluruh lapisan masyarakat. 

Ucapan alu-aluan oleh Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin
Penyempurnaan perasmian dan pelancaran buku Antalogi puisi Dirgahayu Tuanku oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajah Norashikin
 Pelancaran buku Antalogi puisi Dirgahayu Tuanku oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajah Nurashikin
Penyerahan Puisi berjudul Payung Negara dikarya oleh YB Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang bin Sariyan kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajah Nurashikin dan disaksikan oleh Tan Sri Dato' Seri Syed Danial bin Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin
 Antara persembahan semasa Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku di Wyndham Acmar Klang, Selangor pada 8 Januari 2026.
powered by social2s