Ulasan Buku oleh Ketua Pustakawan UiTM sempena Inisiatif 1 Staf 1 Buku Sebulan

Judul pilihan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan bertajuk Budaya Ilmu: Makna dan Manifestasi dalam Sejarah Masa Kini yang membincangkan konsep pembudayaan ilmu melalui sejarah pelbagai bangsa dan tamadun. Turut dikupas ialah takrif faham Islamisasi ilmu-ilmu semasa yang menjadi teras budaya ilmu dalam tamadun Islam. Edisi ini memuatkan empat bab baharu yang meliputi budaya ilmu di Andalusia; di Alam Melayu; dalam perpaduan dan kesejahteraan negara serta pengalamannya dalam institusi pendidikan. 

Buku ini sesuai untuk bacaan para sarjana, pendidik, ahli politik, mahasiswa, aktivis kemasyarakatan, pentadbir, profesional dan ibu bapa yang prihatin akan daya usaha menghapuskan kejahilan, pembangunan makna diri bangsa dan tamadun berteraskan keilmuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *