Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Speaker Corner: Sinergi Ke Arah Kecemerlangan – Persiapan Ke Alam Pekerjaan

✨ SPEAKER CORNER: SINERGI KE ARAH KECEMERLANGAN – PERSIAPAN KE ALAM PEKERJAAN ✨
 
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak dengan kerjasama pelajar latihan industri Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) telah menganjurkan Speaker Corner pada 25 Jun 2025 (Rabu), bertempat di Ruang Legar Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak. Program ini berlangsung dari 10.00 pagi hingga 11.30 pagi dengan tema “Sinergi ke Arah Kecemerlangan: Persiapan ke Alam Pekerjaan”.
 
Program ini menjadi platform interaktif bagi pelajar berkongsi pandangan, pengalaman, dan tips persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.
 
Objektif utama Speaker Corner ini adalah:
✅ Memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai cabaran dan realiti dunia pekerjaan.
✅ Memupuk keyakinan diri serta kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar.
✅ Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan persiapan mental, fizikal dan emosi dalam menghadapi alam pekerjaan.
✅ Menggalakkan budaya perkongsian ilmu dan pengalaman antara pelajar.
 
Impak positif Speaker Corner kepada pelajar universiti:
🌟 Meningkatkan tahap keyakinan dan keberanian pelajar untuk berkomunikasi di hadapan khalayak.
🌟 Memberi inspirasi dan motivasi untuk merancang kerjaya dengan lebih terarah.
🌟 Memperkasa pelajar dengan ilmu, nilai dan kemahiran insaniah yang penting dalam dunia pekerjaan.
🌟 Mengukuhkan hubungan sinergi antara pihak perpustakaan, hospital dan pelajar.
 
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin ke arah melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan bersedia untuk menghadapi alam pekerjaan!
 
Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.