Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Pembudayaan Ilmu: Jelajah Ilmu 2025

25 Jun 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah dengan kerjasama pelajar Bachelor of Library Science (BLIS), UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan Program Pembudayaan Ilmu: Jelajah Ilmu 2025 pada 24 dan 25 Jun 2025, bertempat di Ruang Lobi Perpustakaan Sultan Badlishah dan Courtyard HEA, UiTM Cawangan Kedah. Program yang berlangsung dari 9.30 pagi hingga 4.00 petang ini telah melibatkan seramai 484 orang peserta daripada kalangan pelajar dan staf.

Program ini merupakan platform bagi memperkenalkan pelbagai perkhidmatan dan sumber yang ditawarkan oleh perpustakaan kepada komuniti kampus. Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk Perkhidmatan Konsultasi, demonstrasi penggunaan Sistem Permata – Carian, Sesi Literasi Maklumat, serta promosi ELIB – Akses Koleksi E-Buku yang memberikan kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan bahan rujukan digital secara mudah dan pantas.

Sebagai tanda penghargaan, e-Sijil dan e-Merit telah diberikan kepada semua pelajar yang menyertai aktiviti sepanjang dua hari program. Tambahan pula, sebanyak 30 hadiah menarik telah disediakan untuk cabutan bertuah, yang menambahkan lagi keterujaan dan penyertaan aktif daripada peserta yang hadir.

Secara keseluruhannya, Jelajah Ilmu 2025 telah berjaya mencapai objektif utamanya dalam memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat serta meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepelbagaian perkhidmatan perpustakaan. Program ini sekaligus memperkukuh peranan perpustakaan sebagai hab ilmu dan sokongan akademik yang mesra pengguna di UiTM Cawangan Kedah.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.