KELAS LITERASI MAKLUMAT PERKASA KEMAHIRAN PENGGUNAAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN
12 Jun 2025 – Kelas Literasi Maklumat bertajuk Online Database for Literature telah berjaya dianjurkan di Perpustakaan Sains dan Teknologi, melibatkan penyertaan seramai 20 orang peserta terdiri daripada pelajar dan pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik.
Program ini bertujuan memperkenalkan serta memperkukuh kemahiran peserta dalam penggunaan pangkalan data atas talian sebagai alat sokongan pengurusan rujukan yang efisien, khususnya dalam penulisan akademik dan aktiviti penyelidikan.
Sepanjang sesi yang berlangsung dari 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu, peserta didedahkan kepada kaedah pencarian sumber ilmiah secara lebih sistematik serta penggunaan platform digital bagi mendapatkan bahan rujukan berkualiti.
Penganjuran kelas ini diharap dapat menggalakkan penggunaan teknologi sokongan akademik dalam kalangan warga universiti, selaras dengan keperluan semasa dalam dunia penyelidikan yang semakin kompetitif dan berasaskan data.
