Pada 14 Mei 2025, satu sesi Kelas Literasi Maklumat bertajuk "Advanced Literature Search (SCOPUS)" telah diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak, Sains dan Teknologi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Sesi ini telah dihadiri oleh 26 orang pelajar daripada Fakulti Sains Komputer dan Matematik, dan dikendalikan oleh Ketua Perpustakaan/Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), En. Mohd Hazrul Bin Mohd Hussin.
Tujuan utama kelas ini adalah untuk memperkenalkan kaedah pencarian literatur secara lanjutan menggunakan pangkalan data SCOPUS, yang merupakan sumber penting dalam usaha penyelidikan dan penulisan ilmiah.
Diharapkan sesi ini dapat membantu para pelajar untuk lebih mahir dalam menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan secara amnya, dan oleh UiTM secara khususnya.