Library News

Sesi Meet & Greet Bersama Fakulti dan Pusat Pengajian UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah

KUALA PILAH, 4 Jun 2025 - Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah telah mengadakan sesi Meet & Greet bersama fakulti dan pusat pengajian di UiTM Kampus Kuala Pilah secara telesidang yang melibatkan warga akademik dan taklimat disampaikan oleh Encik Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Kuala Pilah.

Objektif pelaksanaan sesi Meet & Greet ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu platform dua hala di antara pihak PTAR dan warga akademik, membincangkan isu berkaitan dan mempromosikan koleksi dan perkhidmatan perpustakaan.

Pihak pengajur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap semua warga akademik yang sudi meluangkan masa dan maklumbalas yang positif sepanjang program berlangsung.

 

Tags: