Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

SeNYUM Perkasa Etika Layanan Pelanggan PTDI

SeNYUM Perkasa Etika Layanan Pelanggan PTDI

SEGAMAT, 9 Julai 2025 — Program “Senyum, Sapa, Santun: Memperkasa Etika bersama Pelanggan” telah berjaya dilaksanakan dengan matlamat memartabatkan nilai adab, memperkukuh kemahiran komunikasi serta menyelaraskan persepsi pelanggan terhadap tahap profesionalisme staf Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI). Program ini menghimpunkan warga PTDI dari Kampus Segamat dan Pasir Gudang dalam suasana santai namun sarat dengan pengisian bermanfaat.

Antara slot ceramah menarik yang telah diadakan termasuk “Kenapa Adab Itu Penting Dalam Perkhidmatan?” disampaikan oleh Encik Idris bin Muhammad; “Adab & Etika Asas di Tempat Kerja” oleh Puan Siti Rozana binti Mat Sanat; serta “Komunikasi Positif vs Layanan Mesra” oleh En Ahmad Akmal bin Mohd Idris. Program turut diserikan dengan sesi refleksi dan aktiviti interaktif yang dikendalikan oleh Puan Noredayu binti Rosli sebelum diakhiri dengan rumusan serta komitmen bersama oleh Puan Mawar Noor binti Abdullah.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya menyemai kesedaran dalam kalangan peserta mengenai pentingnya adab, komunikasi berkesan serta peranan semua staf dalam memberikan perkhidmatan yang mesra, berkeyakinan dan profesional kepada pelanggan — selaras dengan nilai SeNYUM iaitu Sapa, Yakin, Unggul, Mesra.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,