SEGAMAT, 9 Julai 2025 – Pihak pengurusan Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor telah meraikan kejayaan dan dedikasi Puan Norme binti Haji Saleh apabila beliau menerima Sijil Penghargaan “Customer Choice Award” Tahun 2025.
Majlis penyampaian penghargaan ini diadakan bersempena dengan Bengkel Senyum, Sapa, Santun: Memperkasa Etika Bersama Pelanggan yang berlangsung pada 9 Julai 2025. Sijil penghargaan tersebut telah disampaikan oleh Puan Mawar Noor binti Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, sambil disaksikan oleh Puan Noredayu binti Rosli, Pustakawan Kanan.
Pengiktirafan ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen, dedikasi dan layanan mesra Puan Norme yang telah memberikan impak positif serta meningkatkan kepuasan pelanggan perpustakaan.
Warga PTDI berharap agar kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada semua staf untuk terus memperkukuh budaya kerja cemerlang dan mesra pelanggan selaras dengan aspirasi perpustakaan sebagai pusat ilmu yang unggul.
Hebahan media sosial : media sosial