Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Satu Hati, Satu Doa : PTDI Anjur Bacaan Yaasin & Doa Bersama

Satu Hati, Satu Doa : PTDI Anjur Bacaan Yaasin & Doa Bersama

SEGAMAT, 10 Julai 2025 – Demi menyemai nilai kebersamaan dan kasih sayang sesama warga kerja, Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), Kampus Segamat telah menganjurkan program “Bacaan Yaasin dan Doa – PTDI Bersama Anda” pada pagi ini.

Program yang berlangsung selama satu jam bermula jam 8.00 pagi ini telah menghimpunkan seramai 21 orang staf PTDI dalam suasana penuh khusyuk dan harmoni. Bacaan Yaasin dan doa telah dipimpin oleh En. Muhammad Safwan Kamirul Ain, Pembantu Pustakawan, yang turut menyeru agar seluruh warga perpustakaan bersama-sama menghulurkan doa dan harapan.

Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk memohon kesejahteraan serta kesembuhan buat kakitangan UiTM dan ahli keluarga warga PTDI yang sedang berdepan dengan ujian kesihatan. Semoga mereka semua segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala, insya-Allah.

Inisiatif ini bukan sahaja menjadi ruang untuk kita memohon keberkatan, malah sebagai platform memperkukuh ukhwah, memupuk rasa empati dan menyemai budaya saling mendoakan antara satu sama lain. PTDI percaya, dengan satu hati dan satu doa, semangat kekitaan dapat terus diperkukuh demi kesejahteraan bersama.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,