Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Pantau Demi Prihatin: Pemantauan Fasiliti PTDI 2 Tingkatkan Kualiti Perkhidmatan

Pantau Demi Prihatin: Pemantauan Fasiliti PTDI 2 Tingkatkan Kualiti Perkhidmatan

SEGAMAT, 11 Julai 2025 – Bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna sentiasa terpelihara, Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) Kampus Segamat telah melaksanakan pemantauan fasiliti secara mengejut di bangunan PTDI 2.

Pemantauan ini telah diketuai oleh En. Ahmad Akmal Idris (Pustakawan Kanan), bersama En. Roslan Mohd Nor (Pembantu Pustakawan Tertinggi) dan En. Faizul Azwan Jalil (Pembantu Pustakawan). Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk menilai keadaan kemudahan sedia ada, mengenal pasti keperluan penambahbaikan, serta memastikan persekitaran perpustakaan sentiasa kondusif dan selamat untuk semua pengguna.

Hasil pemantauan mendapati terdapat beberapa fasiliti yang memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta pengalaman pengguna perpustakaan. Usaha penambahbaikan ini akan dirancang dan dilaksanakan selaras dengan komitmen PTDI untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, selamat dan mesra pengguna.

Pihak PTDI sentiasa cakna dan komited dalam memastikan setiap sudut perpustakaan memenuhi standard terbaik, demi mendukung matlamat menjadi pusat ilmu yang unggul dan sentiasa relevan kepada warga kampus dan komuniti setempat.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,