Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Telaah Ilmu: 1 Staf 1 Buku “Book Review” Perkukuh Budaya Membaca di PTDI

Program Telaah Ilmu: 1 Staf 1 Buku “Book Review” Perkukuh Budaya Membaca di PTDI

SEGAMAT, 4 Julai 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor telah menganjurkan program “1 Staf, 1 Buku: Book Review” pada petang Jumaat, bermula jam 3.00 hingga 4.00 petang. Program ini bertujuan memupuk budaya membaca dalam kalangan staf serta menggalakkan perkongsian ilmu melalui ulasan buku pilihan masing-masing. Seramai 68 orang telah menyertai program tersebut

Seramai empat pembentang telah terlibat, iaitu Pn. Siti Rozana Binti Mat Sanat (Timbalan Ketua Pustakawan (M)(KUP)), Pn. Noredayu Binti Rosli (Pustakawan Kanan) dan Pn. Nurrul Iza Binti Ibrahim (Pembantu Pustakawan Kanan). Setiap pembentang telah berkongsi sinopsis, tema utama serta ulasan dan pendapat peribadi mereka mengenai buku yang dibaca.

Melalui program ini, peserta bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan, malah didedahkan dengan kepelbagaian bahan bacaan digital yang disediakan oleh perpustakaan. Inisiatif ini juga membantu meningkatkan penggunaan sumber digital dalam kalangan warga PTDI dan UiTM Johor secara lebih efektif.

Program “1 Staf, 1 Buku: Book Review” diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha berterusan memperkukuh budaya membaca dan menyemarakkan minat terhadap bahan bacaan digital dalam kalangan staf perpustakaan.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,