Library News

PTDI On Air - Episod 2 : Inovatif & Inspiratif – Cerita KIK Pembantu Pustakawan Kini di YouTube

PTDI On Air - Episod 2 : Inovatif & Inspiratif – Cerita KIK Pembantu Pustakawan Kini di YouTube

SEGAMAT, 30 Julai 2025 – Episod kedua bagi program bual bicara “PTDI On Air” telah berjaya dilangsungkan dengan tajuk "Inovatif & Inspiratif: Cerita KIK Pembantu Pustakawan", menampilkan kupasan menarik dan santai berkenaan kisah perjalanan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pembantu Pustakawan Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI).

Program ini telah menampilkan dua orang panel berpengalaman iaitu Encik Nurul Amin Norudin dan Puan Norme Haji Saleh, dengan pengacaraan santai tetapi padat oleh Faizul Azwan Jalil dan Izzatul Izwani Ahmad. Bersiaran secara dalam talian pada 30 Julai 2025 (Rabu), jam 10.00 pagi, program ini mengupas sejarah penubuhan kumpulan, cabaran sepanjang pelaksanaan projek KIK, serta visi masa depan yang lebih kreatif dan berimpak.

Program ini turut diiktiraf sebagai satu jam latihan staf dan menjadi platform pendedahan serta inspirasi kepada warga perpustakaan serta komuniti kampus mengenai potensi dan impak KIK dalam meningkatkan mutu perkhidmatan.

📺 Saksikan rakaman penuh sekarang di YouTube:
🔗 https://ptdi.netlify.app/ptdipodcast

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar kisah-kisah inspiratif yang mampu membakar semangat inovasi anda. Teruskan sokongan kepada PTDI On Air – platform bual bicara rasmi PTDI yang membawakan pelbagai topik menarik terus kepada anda!

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,