Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Kursus Reka Bentuk Kandungan Digital Anjuran Fakulti Sains Maklumat & Perpustakaan Negara Malaysia

Shah Alam, 7 Ogos 2025 – Kursus Modul 3: Reka Bentuk Kandungan Digital Interaktif untuk Perpustakaan anjuran Fakulti Sains Maklumat dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Ogos 2025 di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam.

Program ini dikendalikan oleh En. Mohd Alfarabie bin Mohd Nasir, Pustakawan Kanan dari Unit Korporat dan Kolaborasi PTAR, yang membimbing seramai 32 peserta dari pelbagai institusi perpustakaan seluruh negara. Fokus kursus adalah memperkukuh kemahiran reka bentuk kandungan digital interaktif menggunakan aplikasi seperti Canva dan Powtoon, khusus dalam konteks promosi dan penyampaian maklumat perpustakaan.

Antara objektif utama kursus termasuk:

  1. Memahami prinsip asas reka bentuk kandungan digital.
  2. Menghasilkan bahan promosi visual yang kreatif dan berimpak tinggi.
  3. Mengintegrasikan komunikasi visual dalam perkhidmatan perpustakaan.
  4. Menyokong inisiatif transformasi digital perpustakaan.

Peserta turut berpeluang mengikuti lawatan profesional ke beberapa lokasi penting di PTAR termasuk Koleksi Khas Jawi, Ruang Perkhidmatan Utama, dan Galeri Tun Abdul Razak (GTAR).

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM, yang menyampaikan sijil penyertaan serta menekankan kepentingan peranan pustakawan sebagai Digital Librarian dalam mendepani cabaran dunia perpustakaan masa kini.