Melaka, 30 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka, telah mengadakan kunjungan hormat ke Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka (PERPUSTAM).
Kunjungan ini melibatkan seramai dua orang wakil PTAR dan bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik serta meneroka potensi kerjasama pintar antara institusi perpustakaan di negeri Melaka.
Lawatan ini turut mencerminkan usaha berterusan PTAR dalam menyokong ekosistem ilmu dan budaya membaca selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan komitmen terhadap khidmat untuk negara.
Menurut Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR, En. Norhazlan bin Nordin, kunjungan ini diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif bersama yang memberi manfaat kepada komuniti pembaca dan penyelidik di kedua-dua institusi.