SEGAMAT, 25 Jun 2025 – Sebagai tanda sokongan terhadap usaha memelihara kebersihan dan kelestarian alam sekitar, seramai 12 orang staf Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah menyertai Program Johor Bersih 2.0 yang diadakan di sepanjang Jalan Universiti, dalam kawasan kampus.
Program gotong-royong ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi, dan merupakan salah satu aktiviti berjadual yang digerakkan di bawah inisiatif Johor Bersih 2.0 peringkat kampus. Ia bertujuan menanam kesedaran sivik dalam kalangan warga universiti serta menyokong usaha kerajaan negeri Johor dalam menjadikan negeri ini bersih, hijau dan sejahtera.
Penglibatan aktif staf PTDI dalam aktiviti ini sekali lagi membuktikan komitmen perpustakaan terhadap nilai tanggungjawab sosial dan pengurusan persekitaran secara beretika. Selain membersihkan kawasan sekitar laluan utama kampus, program ini turut memupuk semangat kerjasama, keprihatinan, dan budaya kebersihan dalam kalangan komuniti UiTM.
PTDI berharap penyertaan berterusan dalam program seumpama ini dapat membantu mencorakkan persekitaran kampus yang lebih kondusif, selesa dan menyenangkan, seiring dengan matlamat institusi untuk melahirkan warga kampus yang cakna dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Pautan media sosial : media sosial